Jawatan:
PUSTAKAWAN GRED S41
PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
Tarikh Tutup : 1 NOVEMBER 2009
Download Borang: Download Me
1.JAWATAN:PUSTAKAWAN GRED S41
KUMPULAN PERKHIDMATAN
ENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN:PERKHIDMATAN SOSIAL
JUMLAH KEKOSONGAN:1
2.GRED S41 JADUAL GAJI :
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23
3.SYARAT LANTIKAN
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred S41:P1T3); atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred S41:P1T4); atau
iii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred S41:P1T4); atau
iv)Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred S41:P1T7); atau
dan (d) Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4.SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pustakawan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
________________________________________________________________________
1.JAWATAN:PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN:PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
JUMLAH KEKOSONGAN:1
2.GRED N1JADUAL GAJI :
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82
3.SYARAT LANTIKAN
(a)Warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)i)Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan ii)Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)
CARA MEMOHON
i)Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan
ii)Bagi mereka yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua jabatan masing-masing mengikut Perintah Am ‘A’ 21. Pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi dan Haporan Harta disertakan bersama.
iii)Permohonan hendaklah disertakan salinan Sijil Persekolahan, Surat Beranak dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.
ALAMAT PERMOHONAN
permohonan hendaklah dihantarkan kepada alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.:
PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
JALAN KOLAM AIR
05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
CATATAN :
i)Jabatan ini tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan kerana menghadiri temuduga;
ii)Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
iii)Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya